Obama bogel?

obama_

Ooh…tidak, rupa-rupanya Obama hanya berseluar pendek tak berbaju saje…

Gambar- gambar bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tanpa memakai baju bersama keluarga beliau ketika bercuti di Hawaii yang dirakamkan oleh paparazi, telah mencetuskan kemarahan semalam selepas ia dipaparkan di Internet.

Muka depan akhbar New York Post bertajuk Cergas sebagai Presiden… Obama adalah lelaki sasa Hawaii turut memaparkan gambar beliau tanpa ketulan lemak ketika berjalan di sebuah pusat peranginan di Hawaii.

Seorang jurugambar yang bekerja dengan Agensi Bauer-Griffin yang berpangkalan di California telah berjaya mengelakkan kawalan keselamatan di sekitar bakal Presiden AS itu dan keluarga beliau di sini.

Jurugambar lain yang mengikuti Obama telah dihalang daripada merakamkan gambar di kediaman beliau.

Beberapa keping gambar dalam laman web Bauer-Griffin menunjukkan Obama yang berotot dan tegap, hasil daripada senaman awal pagi beliau.

Gambar yang lebih kontroversi adalah isteri Obama, Michelle bersama dua anak perempuan beliau, Malia dan Sasha yang sebelum ini dilindungkan daripada perhatian media, sedang berjalan pulang ke tempat rehat.

Pemilik bersama Bauer-Griffin, Frank Griffin berkata, jurugambar tersebut tidak diminta meninggalkan pantai awam tersebut ketika dia ternampak Obama dan kerana itulah dia berjaya merakamkan gambar tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.